Kononnya pada suatu hari, seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lama juga ayam bertelur, dan setelah selesai, terdapat tujuh biji telur kesemuanya. Tidak ada yang mengganggu si ibu ayam. Maka telurnya pun mula menetas setelah beberapa hari mengeram.
Keesokan harinya, ibu ayam pergi mencari makanan dan membiarkan anak-anaknya sendirian di rimbunan lalang itu. Apabila ibu ayam itu sedang mencari makan, seekor ibu musang sedang mencari makan untuk anak-anaknya.
Apabila ibu musang ternampak anak-anak ayam itu, ia dengan perlahan-lahan berjalan ke rimbunan lalang itu dan cuba menangkap anak-anak ayam itu untuk diberikan sebagai makanan kepada anak-anaknya.
Tiba-tiba, ibu ayam itu ternampak si ibu musang itu cuba mengambil anak-anaknya. Ibu ayam itu dengan segera menghentikan ibu musang itu daripada mengambil anak-anaknya.
Ibu ayam itu pun berkata, "Eh, ibu musang, mengapa engkau hendak mengambil anak-anakku? Meraka baru sahaja bangun untuk makan. Jangan kamu sentuh mereka!"
Ibu musang mengatakan,"Aku hendak mengambil mereka kerana aku mahu memakan mereka. Begitu juga dengan anak-anakku."
Apabila ibu musang hendak menangkap anak-anak si ibu ayam, ia terjatuh kerana kakinya terlanggar batu dan kepalanya terhentak batang pokok itu. Kepalanya cedera parah. Kakinya juga kesakitan kerana telanggar batu.
Akhirnya, si ibu musang telah gagal mengambil anak-anak ayam itu dan tidak dapat mencari makan untuk anak-anaknya kerana kepala dan kakinya sangat sakit. Si ibu musang pun menyesal dengan perbuatannya. Dia meminta maaf daripada ibu ayam dan berjanji tidak akan mengambil anak-anak si ibu ayam itu lagi. Mereka berdua pun bersahabat baik.
RANCANGAN PENGAJARAN PPS 215
Nama ahli kumpulan :
Abdullah Muhamad ( 85966 )
Aida Yusniza binti Hashim ( 94106 )
Ismariah binti Ismail ( 94116 )
Maziah binti Mohammad ( 94124 )
Noraini binti Jaffar ( 94133 )
Tema : Haiwan
Komponen : Perkembangan Fizikal
Kelas : Cemerlang
Bilangan : 25 orang
Kandungan : 4.1 Membina kemahiran menulis
Hasil pembelajaran : 4.1.1 Melakukan koordinasi mata - tangan
Objektif : Kanak-kanak dapat menggunakan koordinasi mata - tangan dengan
betul dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Bahan : Komputer, video, kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja,
pensil warna, kotak misteri
Set induksi ( 4 minit )
1. Guru menunjukkan rakaman video kepada kanak-kanak.
2. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak
Soalan
Jawapan
a) Apa yang kamu tengok sebentar tadi ?
Lembu, burung, kura-kura, kucing,
b) Haiwan apa yang berkaki empat ?
Lembu, kura-kura, kucing
c) Haiwan yang berkaki dua ?
Burung
d) Haiwan yang biasa kamu tengok atas darat ?
Lembu, kucing
e) Haiwan apa yang biasa kamu tengok boleh terbang ?
Burung
f) Haiwan apa yang biasa kamu tengok dalam air ?
Kura-kura
Aktiviti 1 ( 5 minit )
1. Guru meminta kanak-kanak berada dalam separa bulatan
2. Guru menunjukkan kad gambar haiwan ( kucing, lembu, burung, kura-kura )
3. Guru memilih beberapa kanak-kanak menyebut nama haiwan tersebut
4. Guru menunjukkan kad perkataan kepada kanak-kanak
5. Guru memilih beberapa kanak-kanak mengulang nama haiwan tersebut
Aktiviti 2 ( 8 minit )
1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada lima kumpulan
2. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap kumpulan
3. Guru meminta kanak-kanak mewarnakan gambar haiwan yang diberi
4. Guru meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas
Aktiviti 3 ( 8 minit )
1. Guru meminta ketua setiap kumpulan datang ke hadapan dan mengambil kotak misteri
2. Guru meminta mereka untuk membuka kotak misteri semasa berada dalam kumpulan
3. Guru meminta kanak-kanak bersama-sama menyelesaikan puzzle yang diberi
4. Guru meminta wakil setiap kumpulan datang ke hadapan dan menunjukkan hasil kerja
Penutup ( 5 minit )
1. Guru meminta kanak-kanak berdiri di hadapan
2. Guru menyanyi lagu ’ Old McDonald Had a Farm ’ dengan iringan muzik
3. Guru meminta kanak-kanak menyanyi bersama-sama
Thursday, January 22, 2009
kisah ibu ayam dengan musang...
Posted by hanamichi at 9:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment