CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

RANCANGAN PENGAJARAN PPS 215


Nama ahli kumpulan :
Abdullah Muhamad ( 85966 )
Aida Yusniza binti Hashim ( 94106 )
Ismariah binti Ismail ( 94116 )
Maziah binti Mohammad ( 94124 )
Noraini binti Jaffar ( 94133 )


Tema : Haiwan
Komponen : Perkembangan Fizikal
Kelas : Cemerlang
Bilangan : 25 orang
Kandungan : 4.1 Membina kemahiran menulis
Hasil pembelajaran : 4.1.1 Melakukan koordinasi mata - tangan
Objektif : Kanak-kanak dapat menggunakan koordinasi mata - tangan dengan
betul dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Bahan : Komputer, video, kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja,
pensil warna, kotak misteri


Set induksi ( 4 minit )
1. Guru menunjukkan rakaman video kepada kanak-kanak.
2. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak

Soalan
Jawapan
a) Apa yang kamu tengok sebentar tadi ?
Lembu, burung, kura-kura, kucing,
b) Haiwan apa yang berkaki empat ?
Lembu, kura-kura, kucing
c) Haiwan yang berkaki dua ?
Burung
d) Haiwan yang biasa kamu tengok atas darat ?
Lembu, kucing
e) Haiwan apa yang biasa kamu tengok boleh terbang ?
Burung
f) Haiwan apa yang biasa kamu tengok dalam air ?
Kura-kura


Aktiviti 1 ( 5 minit )
1. Guru meminta kanak-kanak berada dalam separa bulatan
2. Guru menunjukkan kad gambar haiwan ( kucing, lembu, burung, kura-kura )
3. Guru memilih beberapa kanak-kanak menyebut nama haiwan tersebut
4. Guru menunjukkan kad perkataan kepada kanak-kanak
5. Guru memilih beberapa kanak-kanak mengulang nama haiwan tersebut

Aktiviti 2 ( 8 minit )
1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada lima kumpulan
2. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap kumpulan
3. Guru meminta kanak-kanak mewarnakan gambar haiwan yang diberi
4. Guru meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas

Aktiviti 3 ( 8 minit )
1. Guru meminta ketua setiap kumpulan datang ke hadapan dan mengambil kotak misteri
2. Guru meminta mereka untuk membuka kotak misteri semasa berada dalam kumpulan
3. Guru meminta kanak-kanak bersama-sama menyelesaikan puzzle yang diberi
4. Guru meminta wakil setiap kumpulan datang ke hadapan dan menunjukkan hasil kerja

Penutup ( 5 minit )
1. Guru meminta kanak-kanak berdiri di hadapan
2. Guru menyanyi lagu ’ Old McDonald Had a Farm ’ dengan iringan muzik
3. Guru meminta kanak-kanak menyanyi bersama-sama





Wednesday, January 14, 2009




Froebel percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Dr.Maria Montessori percaya bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak khususnya apabila kanak-kanak di beri peluang menyentuh, mencuba dan menggunakan peralatan khas dan persekitarannya yang disediakan secara tersusun.

Terdapat empat (4) aspek perkembangan menyeluruh kanak-kanak yang nyata terlibat dalam proses pembesaran kanak iaitu :
1: Perkembangan Fizikal
2: Perkembangan Bahasa
3: Perkembangan Kognitif
4: Perkembangan Sosio-emosi

Ianya boleh dibincangkan secara berasingan, namun harus diingat bahawa setiap kanak-kanak mempunyai semua aspek yang berintegrasi. Proses pembelajaran adalah suatu proses seumur hidup yang terjadi dalam semua aspek perkembangan seseorang kanak-kanak.

Perkembangan Fizikal
Perubahan yang berlaku dari segi bentuk, saiz, kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan motor halus serta koordinasi anggota badan.Pembentukan manusia adalah daripada satu sel hasil persenyawaan benih ibu dan benih bapa. Sel ini akan membesar menjadi janin dalam kandungan ibu selama sembilan bulan sebelum dilahirkan. Janin selepas dilahirkan dinamakan bayi. Bayi akan berubah secara beransur-ansur menjadi seorang kanak-kanak yang membesar. Proses perubahan yang dilalui bayi ini dinamakan proses pertumbuhan dan perkembangan.

Perkembangan Bahasa
Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindakbalas kepada stimuli.Perkembangan Kognitif
Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.

Perkembangan Sosio-Emosi
Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluah perasaan. "Every child has to move from ego - centrism, where he views the world as if it revolved around him, his desired and needs, to a state of socialization where he accepts the patterns of behavior imposed on him by his family, culture and peer group, and learn to share and consider the needs of others".

0 comments:

Post a Comment

silalah komen blog ini...