CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

RANCANGAN PENGAJARAN PPS 215


Nama ahli kumpulan :
Abdullah Muhamad ( 85966 )
Aida Yusniza binti Hashim ( 94106 )
Ismariah binti Ismail ( 94116 )
Maziah binti Mohammad ( 94124 )
Noraini binti Jaffar ( 94133 )


Tema : Haiwan
Komponen : Perkembangan Fizikal
Kelas : Cemerlang
Bilangan : 25 orang
Kandungan : 4.1 Membina kemahiran menulis
Hasil pembelajaran : 4.1.1 Melakukan koordinasi mata - tangan
Objektif : Kanak-kanak dapat menggunakan koordinasi mata - tangan dengan
betul dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Bahan : Komputer, video, kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja,
pensil warna, kotak misteri


Set induksi ( 4 minit )
1. Guru menunjukkan rakaman video kepada kanak-kanak.
2. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak

Soalan
Jawapan
a) Apa yang kamu tengok sebentar tadi ?
Lembu, burung, kura-kura, kucing,
b) Haiwan apa yang berkaki empat ?
Lembu, kura-kura, kucing
c) Haiwan yang berkaki dua ?
Burung
d) Haiwan yang biasa kamu tengok atas darat ?
Lembu, kucing
e) Haiwan apa yang biasa kamu tengok boleh terbang ?
Burung
f) Haiwan apa yang biasa kamu tengok dalam air ?
Kura-kura


Aktiviti 1 ( 5 minit )
1. Guru meminta kanak-kanak berada dalam separa bulatan
2. Guru menunjukkan kad gambar haiwan ( kucing, lembu, burung, kura-kura )
3. Guru memilih beberapa kanak-kanak menyebut nama haiwan tersebut
4. Guru menunjukkan kad perkataan kepada kanak-kanak
5. Guru memilih beberapa kanak-kanak mengulang nama haiwan tersebut

Aktiviti 2 ( 8 minit )
1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada lima kumpulan
2. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap kumpulan
3. Guru meminta kanak-kanak mewarnakan gambar haiwan yang diberi
4. Guru meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas

Aktiviti 3 ( 8 minit )
1. Guru meminta ketua setiap kumpulan datang ke hadapan dan mengambil kotak misteri
2. Guru meminta mereka untuk membuka kotak misteri semasa berada dalam kumpulan
3. Guru meminta kanak-kanak bersama-sama menyelesaikan puzzle yang diberi
4. Guru meminta wakil setiap kumpulan datang ke hadapan dan menunjukkan hasil kerja

Penutup ( 5 minit )
1. Guru meminta kanak-kanak berdiri di hadapan
2. Guru menyanyi lagu ’ Old McDonald Had a Farm ’ dengan iringan muzik
3. Guru meminta kanak-kanak menyanyi bersama-sama





Wednesday, February 4, 2009

tips dan petua berguna


Sesekali Apa Salahnya Anda Jadi Dinosaur

Jika anak anda main-main berlakon, apa salahnya anda turut serta sekali-sekala. Biar dia jadi 'Tuan Pengarah'. Tanya dia, anda boleh jadi apa. Mungkin dinosaur, tuan puteri, pokok yang boleh bercakap, pelanggan kedai atau nenek kebayan.
Dengan cara ini bukan sahaja anda boleh bergembira bersama anak-anak, anda juga boleh membantu anak anda meningkatkan keyakinan dirinya serta membina sikap-sikap kepimpinan dalam dirinya.



Marah Dengan Anak? Jangan Tengking Tapi, Buat Begini...
Jika anda marah, kira sampai 20 dan tarik nafas panjang-panjang atau jauhkan diri daripada anak selama lima minit untuk meredakan kemarahan. Elakkan menengking anak kerana ia juga termasuk dalam perlakuan agresif dan boleh menyebabkan perasaan anak tersinggung. Anak akan belajar bahawa dia juga boleh menengking orang lain (termasuk ibu bapanya) apabila marah. Jika anak melakukan kesalahan, beritahu kesalahannya dan cara betul supaya kesalahan sama tidak diulang.
Petanda Mereka Memerlukan Perhatian Ibu Bapa.



Bila Anak Tak Mahu Mendengar Nasihat...
Tidak susah sebenarnya untuk membuat anak-anak menghargai setiap nasihat dan mendengar kata-kata kita. Tetapi syaratnya kita perlu memberikan mereka balasan dengan mengisi tangki kasih sayang mereka. Apabila anak-anak kita sudah tidak mahu mengambil kisah tentang apa jua nasihat yang kita sampaikan, apa yang perlu kita lakukan ialah kita periksa terlebih dahulu tangki kasih sayang anak kita kerana berkemungkinan tangki kasih sayang mereka telah bocor.

Cuba renung kembali, mungkin kita pernah berjanji sesuatu dengan mereka tetapi masih belum kita tunaikan, mungkin juga ada sesuatu yang anak-anak kita ceritakan tentang perihal mereka di sekolah tetapi kita hanya diamkan sahaja, mungkin juga anak kita mendapat kejayaan-kejayaan tertentu, tetapi kita belum menghargai mereka. Mereka sebenarnya amat sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Seandainya kita sudah mengenal pasti penyebab mengapa tangki kasih sayang mereka bocor, maka ibu bapa perlu segera untuk mengisi kembali ruang yang bocor itu dengan kasih sayang kepada mereka.



Sambil Pakai Baju, Sambil Belajar
Anda boleh mengajar anak anda tentang warna dan konsep matematik ketika memakaikannya baju.
Minta anak anda pilih baju yang hendak dipakainya pada hari itu. Sambil itu, tanya: Apa warna baju Aisyah? Ya, pink. Cuba tunjuk, apa lagi yang pink dalam bilik ini?
Apabila anak menghampiri umur tiga tahun, ajarkan juga paten pada baju mereka - seperti belang, warna, bentuk atau gambar: Wah! Baju Aisyah ada belang merah dan kuning. Atau, Baju ni ada gambar hati lah, baaanyak! Mari kita kira!



Menggalakkan Anak yang Pelat Bercakap dengan Betul
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk merangsang anak pelat supaya dapat memperbaiki sebutannya ialah dengan kerapkan membaca buku kepadanya, bercakap dalam ayat yang pendek dan menggunakan perkataan yang mudah jadi tidak sukar untuk anak anda meniru percakapan anda. Pastikan anda menggunakan tatabahasa dan sebutan yang betul apabila berbual dengannya. Jika anak anda bercakap pelat, ulangi perkataan tersebut tanpa memintanya membetulkan sebutannya. Contohnya jika anak anda berkata "La wah je" (bola bawah meja), anda boleh 'menunjukkan' sebutan yang betul tanpa 'membetulkan'nya dengan menyebut "Ya, bola adik bawah meja"


Layang-layang, Batu Seremban dan Sampan Boleh Jadikan Anak Bijak dan Kreatif
Ibu bapa kreatif biasanya mempunyai anak yang bijak berfikir. Kreativiti ibu bapa boleh mengalir ke dalam anak jika dipupuk sejak kecil.
Namun yang lebih penting, ia boleh dijadikan bahan mengajar berkesan dan menyeronokkan, sama ada dalam bidang sains, matematik atau pemikiran logik.
Membuat layang-layang contohnya, perlukan keseimbangan antara kedua-dua belah kepak supaya ia boleh ‘terbang melayang’ apabila ditiup angin. Jadi di sini kita sebenarnya menerapkan konsep sains iaitu untuk keseimbangan.
Begitu juga dengan sampan kertas. Ia akan tenggelam jika ada kebocoran yang menyebabkan keseimbangan berubah.
Permainan batu seremban (yang kini dibuat dalam uncang kecil berisi kacang hijau) juga boleh dijadikan alat untuk merangsang otak kanak-kanak berfikir.
Selain mengira, kanak-kanak perlu membuat pilihan bijak untuk mengambil batu dalam susunan 1, 2 dan 3 supaya ketika batu diambil, jari tidak terkena batu lain.
Corak pendidikan tidak langsung dan menyeronokkan ini sepatutnya diterapkan ibu bapa ketika bersama anak supaya masa diluangkan itu menjadi lebih berkualiti.

0 comments:

Post a Comment

silalah komen blog ini...