CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

RANCANGAN PENGAJARAN PPS 215


Nama ahli kumpulan :
Abdullah Muhamad ( 85966 )
Aida Yusniza binti Hashim ( 94106 )
Ismariah binti Ismail ( 94116 )
Maziah binti Mohammad ( 94124 )
Noraini binti Jaffar ( 94133 )


Tema : Haiwan
Komponen : Perkembangan Fizikal
Kelas : Cemerlang
Bilangan : 25 orang
Kandungan : 4.1 Membina kemahiran menulis
Hasil pembelajaran : 4.1.1 Melakukan koordinasi mata - tangan
Objektif : Kanak-kanak dapat menggunakan koordinasi mata - tangan dengan
betul dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Bahan : Komputer, video, kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja,
pensil warna, kotak misteri


Set induksi ( 4 minit )
1. Guru menunjukkan rakaman video kepada kanak-kanak.
2. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak

Soalan
Jawapan
a) Apa yang kamu tengok sebentar tadi ?
Lembu, burung, kura-kura, kucing,
b) Haiwan apa yang berkaki empat ?
Lembu, kura-kura, kucing
c) Haiwan yang berkaki dua ?
Burung
d) Haiwan yang biasa kamu tengok atas darat ?
Lembu, kucing
e) Haiwan apa yang biasa kamu tengok boleh terbang ?
Burung
f) Haiwan apa yang biasa kamu tengok dalam air ?
Kura-kura


Aktiviti 1 ( 5 minit )
1. Guru meminta kanak-kanak berada dalam separa bulatan
2. Guru menunjukkan kad gambar haiwan ( kucing, lembu, burung, kura-kura )
3. Guru memilih beberapa kanak-kanak menyebut nama haiwan tersebut
4. Guru menunjukkan kad perkataan kepada kanak-kanak
5. Guru memilih beberapa kanak-kanak mengulang nama haiwan tersebut

Aktiviti 2 ( 8 minit )
1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada lima kumpulan
2. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap kumpulan
3. Guru meminta kanak-kanak mewarnakan gambar haiwan yang diberi
4. Guru meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas

Aktiviti 3 ( 8 minit )
1. Guru meminta ketua setiap kumpulan datang ke hadapan dan mengambil kotak misteri
2. Guru meminta mereka untuk membuka kotak misteri semasa berada dalam kumpulan
3. Guru meminta kanak-kanak bersama-sama menyelesaikan puzzle yang diberi
4. Guru meminta wakil setiap kumpulan datang ke hadapan dan menunjukkan hasil kerja

Penutup ( 5 minit )
1. Guru meminta kanak-kanak berdiri di hadapan
2. Guru menyanyi lagu ’ Old McDonald Had a Farm ’ dengan iringan muzik
3. Guru meminta kanak-kanak menyanyi bersama-sama





Tuesday, March 24, 2009

PENUTUP

Menyanyi

1 comments:

adila zubaidah said...

Salam.Aktiviti menarik tp terlalu banyak objektif yang mahu dicapai iaitu Objektif Kursus :
Kanak – kanak dapat menyatakan nama haiwan ternakan dengan betul
Kanak – kanak dapat membuat bunyi haiwan ternakan dengan tepat
Kanak – kanak dapat menyatakan makanan haiwan ternakan dengan betul
Kanak – kanak dapat menyatakan tempat tinggal haiwan ternakan dengan betul. kalau boleh pilih satu sahaja objektif yang dirasakan dapat dicapai dan dapat diperluaskan dengan aktiviti susulan..selamat mencuba.jikalau boleh tukar lagu yang berkaiatan.

Post a Comment

silalah komen blog ini...